LATIHAN BAHASA MELAYU 2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
1. tunjuk - telunjuk
- Shahril memimpin pelajar dalam tunjuk perasaan di sekolahnya.
- Jari telunjuk Aqil berdarah akibat terkena pisau yang sangat tajam
- Shahril memimpin pelajar dalam tunjuk perasaan di sekolahnya.
- Jari telunjuk Aqil berdarah akibat terkena pisau yang sangat tajam
2. guruh - gemuruh
- Apabila bunyi guruh di langit, emak mengarahkan saya masuk ke dalam rumah
- Perasaan gemuruh pasti di alami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan kali pertama.
- Apabila bunyi guruh di langit, emak mengarahkan saya masuk ke dalam rumah
- Perasaan gemuruh pasti di alami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan kali pertama.
3. kuncup - kemuncup
- Bunga ros itu masih kuncup kerana masih belumtiba masanya untuk mengembang
- Seluar Faris di penuhi dengan kemuncup selepas bermain bola di padang
- Bunga ros itu masih kuncup kerana masih belumtiba masanya untuk mengembang
- Seluar Faris di penuhi dengan kemuncup selepas bermain bola di padang
(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.
1. Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini.
Ayat permintaan
2. Jangan minum air yang terdedah itu.
Ayat larangan
3. Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat.
Ayat silaan
4. Fikirkanlah sebelum bertindak
Ayat suruhan
5. Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini.
Ayat silaan
6. Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Ayat suruhan
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Doktor Azira mengingatkan pesakitnya supaya menghabiskan antibiotik itu dalam masa seminggu.
2. Kami akan membantu nenek menyiapkan tempahan rempeyek terutamanya pada musim-musim perayaan secara sukarela.
3. Encik Azman meminta pekerjanya menfotostat perjanjian jual beli itu sebanyak lima salinan untuk di berikan kepada pelanggannya.
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghabiskan wang untuk membeli barang yang tidak mustahak.
2. Semua murid tidak sabar untuk menonton tayangan teater muzikal yang akan diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
3. Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati apabila beg tangannya siragut oleh dua orang lelaki bermotosikal.
Comments
Post a Comment