SURAT RASMI
1) Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dianggap memuaskan dan terbaik setakat ini. Namun terdapat beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan dengan pelajar. Andaikan anda sebagai wakil pelajar, ingin memaklumkan perkara tersebut kepada pihak universiti. Tuliskan surat tersebut selengkapnya
Mohammad Syakir,
Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,
53100, Gombak
Selangor Darul Ehsan.
Pengarah,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
53100, Gombak,
Selangor Darul Ehsan. 10 JANUARI 2017
Yang Berbahagia,
Beberapa Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan Khususnya Berkaitan Pelajar
Berhubung dengan perkara di atas, saya wakil pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ingin melaporkan tentang beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khusunya berkaitan pelajar.
2. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pergaulan sosial, seperti tidak suka bergaul atau tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar.
3. Sebelum masuk ke universiti mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun pencapaian akademik di peringkat universiti tidak secemerlang seperti yang diharapkan.
4. Kebanyakan pelajar kurang kemahiran menguasai bahasa Inggeris terutamanya pelajar Melayu yang datang dari kawasan luar bandar. Senario ini berpunca daripada pendedahan yang kurang terhadap penggunaan bahasa antarabangsa.
5. Saya berharap agar pihak universiti dapat mengambil tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya dan segera untuk membaik pulih tahap kecemerlangan pelajar. Kerjasama pihak pengarah amat dihargai
6. Segala kesulitan amat dikesali.
Pertimbangan daripada tuan amatlah dihargai
Yang benar,
….…………tt……………………
MOHAMMAD SYAKIR BIN MOHD HISYAM
Wakil pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Comments
Post a Comment