MINIT MESYUARAT

1)        Andaikan bahawa anda adalah setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Multimedia. Baru-baru ini, persatuan tersebut telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa untuk kali kedua. Anda ditugasi menulis minit mesyuarat yang berkenaan. Fikirkan agenda yang munasabah. Tuliskan minit mesyuarat tersebut selengkapnya.


4.2  Minit Mesyuarat Jawatankuasa

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu Kali Kedua 2018

Tarikh :  Sabtu, 3 Februari 2018
Masa :   9.00 Pagi
Tempat :   Makmal Bahasa 2
Kehadiran :   Prof.Muhammad Shahril         - Pengerusi
                    Dr.Fariszudin                        - Naib pengerusi
                    Mohammad Syakir                - Setiausaha
                    Hatta bin Hasri                     - Bendahari
                    Tn Hj. Ahmad Zawaal           - Jawatankuasa Penajaan
                    En. Abhar bin Khalid             - Jawatankuasa  Pameran
                    En. Aqil Mirza                       - Jawatankuasa Teknikal
                    En. Ahmad Suffian                - Jawatankuasa Makanan
                    En. Akmal Hadi                    - Jawatankuasa  Penginapan

Tidak Hadir          En. Tuan Muzfir Khalis     - Bercuti
                           En. Ahmad Uzair             - Sakit

Agenda
Perkara
Tindakan
1.
Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua  ahli serta mengucapkan terima kasih serta tahniah  kerana Berjaya meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu

2.
Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
2.1 Cadangan : En. Akmal Hadi
Sokongan : En. Ahmad Suffian

3
Perkara berbangkit (jika ada)
3.1 Pengerusi menjelaskan Persatuan Bahasa Melayu tidak dikenali ramai dan mempunyai masalah kewangan
3.2 Pengerusi menjelaskan bahawa  akan mengadakan seminar pada kali ini dengan melibatkan pengkaji bahasa dari serata dunia
3.3 Semua ahli jawatankuasa perlu menyediakan beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik seperti membuat pameran
3.4 Jawatankuasa makanan diminta untuk menyediakan makanan bagi seminar kali ini
3.5 Jawatan pameran diminta menyediakan cadangan mengadakan papan kenyataan bagi peserta-peserta pameran.



Makluman


Makluman


Semua Jawatankuasa

Jawatankuasa Makanan


Jawatankuasa Pameran
4
Kewangan
4.1 Jawatankuasa Penajaan diminta lebih bergerak aktif untuk mendapatkan penajaan
4.2 Jawatankuasa diminta menyediakan cadangan perbelanjaan    
4.3 Langkah berjimat cermat hendaklah dirancang bagi melicinkan aktiviti


Jawatankuasa Penajaan

Semua Jawatankuasa

Semua Jawatankuasa
5.
Hal-hal lain
5.1 Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Februari, 2028 di Makmal Bahasa 2


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

………tt…………                    …………tt……………

(Mohammad Syakir)  (PROF.Muhammad Shahril)
Setiausaha Pengerusi

Comments

Popular Posts